Karnival Sukan Prasekolah Daerah Kota Kinabalu (KK2), 2008
Karnival Sukan Prasekolah Daerah Kota Kinabalu (KK2), 2008 ini dikelolakan oleh SK Tobobon. Perasmian penutupan disempurnakan oleh En. Ismail Ali Hassan (Pegawai Unit Kokurikulum, PPG Kota Kinabalu), bagi pihak Dr. Hj. Mohd. Kassim bin Hj. Mohd. Ibrahim (Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Kinabalu). Sebanyak 14 buah sekolah terlibat iaitu SK. Tobobon, SK. Lapasan, SK. Pg. Siti Hafsah, SK. Tombongon, SK. Pomotodon, SK. Unggun, SK. Talungan, SK. Pulau Sepanggar, SK. Malawa, SK. Rampayan, SK. Kitobu, SK. Gudon, SK. Kionsom, dan SK. Kokol. SK. Tobobon telah menjadi juara keseluruhan dengan mendapat 4 pinggat emas dan 4 pinggat perak. Diikuti oleh SK. Malawa ( 2 emas 1 perak 2 gangsa) dan SK. Rampayan (2 emas 1 perak 2 gangsa).
Apr 28, 2008
Photos: 164