Felda Kumai, 28300 Triang Pahang
Felda Kumai terletak 29 km dari Simpang Bandar Kerayong didalam Dearh Bera, Negeri Pahang . Mula diteroka seawl 1979 dan mula diduduki sejumlah 450 buah keluarga semenjak tahun 1980.
Di awal pembukaan, bukan sedikit cabaran bagi para Peneroka yang terpilih. Jauh di pendalaman, bersempadan dengan Hutan Simpanan Chini yang menjanjikan ratusan jenis haiwan liar. Masih ingat seawal tahun 1980an, masalah binantang buas seperti gajah bukan cerita luarbiasa.
Kini selepas 30 tahun, ianya berubah. Bilangan peneroka sama tetapi generasi kedua dan ketiga kian bertambah. Bekalan air bersih pada pertengahan 80 an dan eletrik pada awal 1990 an mengubah wajah.
Bagi mereka yang senior, tranformasi Felda Kumai dan felda sekitarnya pasti terimbau didalam ingatan. Jalan tanah merah, pelita ayam, sekolah tumpang di Felda Mayam dan berbagai lagi pasti menjadi kenangan....
Mar 25, 2009
Photos: 23