IBADAH QURBAN , MASJID AL-FALAH USJ 9, 13 Zulhijjah 1429H / 11 DIS 2008
Gotong royong qurban,masjid alfalah usj 9, Khamis 11/12/2008. Dengan semangat kerjasama ini,sebanyak 25 ekor lembu & 7 kambing disembelih hingga diagihkan dagingnya dalam masa 4 jam sahaja. Bermula jam 8pg: lembu pertama disembelih hingga lembu ke-25 selesai disembelih pada 9.50pg. Dalam masa yang sama, kambing juga disembelih. Lembu terakhir tamat lapah pd 10.20. Selesai pengagihan dagingnya pada 12 tghr. Jamuan hingga jam 1ptg. Sememangnya daging agihan tidak mencukupi kerana terlalu ramai. Tetapi , tidak dilupakan agihan tersebut untuk anggota Polis USJ 8 & surau Penjara Sungai Buloh. Terima kasih kepada para peserta Qurban & penyumbang tenaga utk; sembelih,lapah,potong tulang,angkutan domestik,cincang daging,timbang, bungkus,agihkan dan memasak.Seramai lebih 1000 orang mengembeling tenaga termasuk anggota Bomba subang jaya & orang awam, tak kira bangsa dan warna kulit, bersama menjayakannya.
JAZAKUMLLAHU KHAIRAN KATHIRAN .JUMPA LAGI AIDIL ADHA 1430 H. :)
Dec 10, 2008
Photos: 161