First Snow in Limerick Ireland
Satu pagi , selepas solat subuh ibu membuka langsir bilik , teringat cerita ayah berkenaan kawan Irish ayah berkata, "tomorow will be snow" tapi ayah kurang percaya kerana telah hampir 8 tahun tiada snow di Limerick. Tapi tiba-tiba ibu menjerit ya Allah! snow bang! Amira snow sayang! Amira bukan main suka. Pagi ini memang rezeki kami, Allah kurniakan nikmat untuk menyaksikan salah satu keagungan ciptaanNya, salji. Semua kawasan berubah warna menjadi putih berseri sejauh mata memandang. Syukur.
Jan 3, 2008
Photos: 40